Get your own Digital Clock

Thursday, December 30, 2010

ku inginkan kepastian.


assalamualaikum.

hai semua! hari ini entry sedih. kenapa ianya berlaku dan terus berlaku. aku terluka. walaupun ianya tidak pernah terdetik dihati dan tidak pernah ku fikirkan. apa silap aku. knp ianya sering terjadi kpd aku..

mengapa kesedihan sering datang menjelma di dalam diri ini. mgkin perkara itu tidak perlu dipersoalkan, kerna semua itu adalh dugaan dari tuhan yang maha esa yang menguji tahap kesabaran seorang hambanya. ya aku terima ianya dengan redha dan aku pasrah dengan segala dugaan dariMU. kerna ku tahu tuhan ingin memberikan yang terbaik kepada ku. mungkin ianya bukan yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. ku perlu lebih berhati-hati dan terus mencari dimana silap semua ini terjadi.

ada benarnya kata-kata bahawa manusia ini tidak semuanya sempurna. manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. ada kalanya kita berada di atas dan adakalanya kita berada di bawah. entry ini bukanlah nak meminta simpati atau apa. tapi disini lah tempat ku meluahkan perasaan dan apa yang terbuku diminda selain dari bonda ku tersayang tempat aku meluahkan segala masalah, kegembiraan.


mungkin sukar untuk ku fahami apa sebab musabab semua ini berlaku. aku harus lebih bersikap matang. orang yang cerdik tidak akan mudah berputus asa dan mudah terasa. aku perlu bangkit semula. namun dalam menempuhi hidup ini adakalanya kita akan menkadi lemah dengan apa yang telah berlaku. kini aku tersangat-sangatlah lemah. bagaikan diri ini kosong.

jika ianya silap ku. jelaskanlah supaya aku lebih memahami. aku akan perbaiki segalanya agar aku akan menjadi seorang lebih matang.

tapi kenapa aku?? kenapa kau perlakukan ku seperti ini. aku punyai perasaan. jika benar diri ini khilaf. terus teranglah. jika disebabkan hal itu, maaflah aku tidak terniat langsung dan sememangnya ku lakukan dengan ikhlas dr hati aku. tidak berniat untuk hipokrit. ku lakukan demi menjaga hati orang lain yang aku sayang. aku tidak mahu disebabkan hal itu kita bermusuhan. sekiranya alasan dan sebab itu yang kau katakan. aku mintak maaf. terpulanglah untuk menerimanya atau tidak. aku telah penat. aku di sini untuk belajar bukan untuk berfikir tentang semua ini. yang ku harapkan hanyalah penjelasan.


sblum ini aku nekad dan berjanji tdk akan fikir perkara yang remeh sebegini dan tidak mahu ianya berulang kembali. tapi ianya masih berlaku. ak berusaha untuk berfikiran positif. ya think + adlh jalan terbaik untuk aku. biarlah orang nak ckp apa pun terhadap aku. tapi yang pasti aku adalah aku...tetap aku...



positive thinking is the best way to avoid negative thinking..^__^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers