Get your own Digital Clock

Tuesday, May 10, 2011

a n g k a 2 2


sedar tak sedar kini umurku sudah menjengah ke 22 tahun. terima kasih ya allah kerana masih lagi memberikan ruang dan peluang untuk menjalani hidup ku ini | menikmati kehidupan ini bersama-sama keluarga, kawan-kawan.

dalam tak sedar kini ku dah telah dewasa. bukan lagi di zaman kanak-kanak yang berlari ke sana sini bersama kawan-kawan. semuanya telah berlalu dengan sekelip mata. namun ianya masih segar dalam ingatan ku.

hari ini, aku berada di menara gading "universiti kebangsaan malaysia" yang menjadi impian ku pada suatu ketika dulu. aku masih lagi tidak mempercayai segalanya telah berlalu. kalau dulu ianya adalah cita-cita namun, kini ianya menjadi suatu yang realiti. kedua-dua belah kaki ku berada di ukm. terima kasih kerana menerima ku.

dalam tak sedar juga, usia yang mencecah 22 tahun ini berapa banyak dosa yang telah ku lakukan. aku memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini. silap dan salah yang ku lakukan harap di maafkan. semua manusia di muka bumi tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. tidak ada hamba ALLAH di muka bumi ini yag sempurna tanpa melakuka dosa. ku bermohon agar kesilapan ku dimaafkan.

**hidup perlu kuat | matang | berfikiran positif**
seperti semut yang dapat memikul biskut.
walaupun badan kecil tetapi tetap kuat.**

umur yang makin mencecah ke angka 22 tahun ini telah mematangkan aku dengan segala masalah yang menimpa diri. apa yang berlaku aku terimanya dengan redha dan menganggap ianya suatu suratan takdir untukku. tiada apa yang boleh aku lakukan selain daripada sering mengingati mu di dalam setiap saat pernafasan ku bahawa engkau lah ya tuhan mengkehendakkan sesuatu kejadian itu berlaku. tanpa restu dari mu semuanya tidakkan akan terjadi. engkau lah yang maha berkuasa di atas segalanya. dan segala ujian dari mu itu telah mematangkan aku. | namun kadang-kadang hati ini berbunyi kenapa segala masalah harus terbeban kepadaku. kenapa harus terjadi kepada ku seorang. yaallah naifnya aku. aku lupa kepada mu yang telah menentukan segalanya. maafkan aku ya allah.

kini aku tidak mahu mensia-siakan hidup aku lagi dengan melakukan perkara-perkara yang tidak memberikan manfaat kepada aku. blog ini bagaikan diari buatku. aku meluahkan segala suka dan duka ku di sini. dan di sini aku berjanji bahawa aku akan berubah ke arah yang lebih baik. bait-bait ayat aku tulis ini adalah luahan hatiku yang menginginkan penghijrahan dalam hidup. aku bermohon semoga segalanya di terima oleh mu ya allah. amin.


salam
papai
^__^

1 comment:

Black Jack said...

sesama angka 22
salam kenall ea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers