Get your own Digital Clock

Wednesday, July 13, 2011

Pengalaman Terindah

assalamualaikum...

diharapkan sume berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknye

siyesli..telah lama diri ini tidak mengupdate entry2 baru. agak sibuk sejak kebelakangan n tiada masa untuk berkongsi cerita.

alhamdulillah sudah seminggu diri ini pulang dari tanah suci makkah. semuanya berjalan dengan baik walaupun pelbagai dugaan yang menguji diri ini. namun ku terima dengan sabar. | niat untuk menjejakkan kaki di tanah suci akhirnya tercapai. sudah lama diri ini menginginkannya. dan niat di hati ingin kembali ke sana lagi.

suasana di tanah suci adalah berbeza sekali. sukar untuk di gambarkan. pertama kali menjejakkan kaki di masjidil haram n melihat kaabah, hati ini teramatlah sayu. bagaikan tidak percaya bahawa ketika itu aku berada di hadapan kaabah. diri merasakan terlalu kerdil dengan dosa2 yang telah dilakukan selama ini. betapa hinanya diri ini di sisi mu ya Allah dengan melihat kebesaranmu. Ya Allah terima kasih kerana menerima ku menjadi tetamu MU.

masa keberadaan di sana adalah teramat singkat. sedar xsedar hari untuk pulang telah tiba. namun, pelbagai pengajaran dan pengalaman yang manis yang ku perolehi sewaktu di sana. ibadah umrah adalah suatu yang menyoronokkan. tidak dapat digambarkan betapa indahnya. | pelbagai tempat yang ku lawati ketika berada di madinah dan makkah. dan ianya banyak memberikan pengajaran kepada ku tentang kisah2 nabi yang terdahulu.

sekian sahaja perkongsian untuk kali ini..

wassalam...


p/s: bukanlah niat dihati untuk membangga diri tetapi ingin berkongsi cerita. ku doakan kalian semua diberikan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci suatu hari nanti. aminn..





1 comment:

Srikandi Buku said...

Alhamdulillah...Tahniah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Friendship tickers